Saturday 9 May 2009

Contoh kertas kerja

KERTAS KERJA

KURSUS KEPIMPINAN BELIA GBBM NEGERI PERLIS

1. PENDAHULUAN

Tujuan kertas ini adalah untuk membentang pelaksanaan Kursus Kepimpinan Belia GBBM Negeri Perlis, anjuran GBBM Negeri Perlis.

2. RASIONAL

Cawangan-cawangan GBBM akan mengadakan mesyuarat agong dan pemilihan AJK baru-baru ini, dengan melahirkan pelapis yang berkemungkinan akan menghadapi masalah-masalah yang seperti berikut:-

2.1 AJK baru kurang memahami tentang tugas dan peranan serta tanggungjawab.

2.2 Mereka kurang mahir dalam urusan dan pentadiran pertubuhan.

2.3 Meningkat semangat cinta negara ,

2.4 Disamping itu menggalak mereka melancung dalam negeri.

Memandangkan kepada keperluan tersebut diatas, pihak GBBM Negeri bercadang mengelola Kem Kepimpinan tersebut.

3. OBJEKTIF

3.1 Menambah pengetahuan tentang pertubuhan,

3.2 Menyalurkan pengetahuan pentadbiran pertubuhan belia,

3.3 Memberi pendedahan mengenai Pelaksanaan Program Rakan Muda,

3.4 Mencungkil bakat kepimpinan dan melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab,

3.5 Merapatkan hubungan yang erat di antara AJK cawangan-cawangan,

3.6 Menggalak mereka menyahut seruan Program Pelan Tindakan Bela Negara

Seperti melancung dalam negeri ,belilah barangan buatan Malaysia.

4. TARIKH DAN TEMPAT

4.1 Tarikh : 31th Mei 2009

4.2 Tempat : Wisma MCA Negeri Perlis.

4.3 Masa : 8:00pagi hingga 5:00ptg

5. Bilangan Peserta

Peserta akan terdiri daripada pemimpin utama setiap cawangan.

Dijangka seramai 100 orang akan menyertai kem ini.

6. PERASMIAN

Perasmian Kem ini akan disempurnakan Datin Paduka Chew Mei Fun, manakala Penutupan akan dilaksanakan oleh Penasihat GBBM Negeri Perlis.

7. ANGGARAN PERBELAJARAN

7.1

Makan/Minum untuk peserta/AJK Kerja

RM 2,000.00

7.2

Baju T

RM 2,500.00

7.3

Fail/ Alat Tulis /Percetakan/Sijil Penyertaan

RM 1300.00

7.4

Sepanduk/Backdrop

RM 200.00

7.5

Cendermata Perasmi / Saguhati Penceramah

RM 200.00

7.6

Perbelanjaan Runcit

RM 500.00


Jumlah :

RM 6,700.00

8. PENUTUP

Kami percaya dengan mengadakan kem kepimpinan ini adalah dipercayai peserta-peserta akan memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan menjalankan tugas dengan lebih berkesan. Disamping itu dapatlah menyampaikan mesej mengenai pelan tindakan bela negara dan dipercayai akan disebarkan seluas-luasnya melalui pemimpin utama setiap cawangan GBBM dalam negeri Perlis.

Disediakan oleh,

GBBM Negeri Perlis



Pengerusi: Chan Boon Yee
Naib Pengerusi:xxx xxx xxx
Setiausaha:xxx xxx xxx
Bendahari: xxx xxx xxx
AJK: xxx xxx xxx

请尽早呈交到我这,谢谢。有什么问题可以联络本人0125752520
黄诗咏字

No comments: